Margot Woelk membongkarkan semua kisah semasa dia bertugas sebagai tukang pencicip makanan untuk Adolf Hitler dalam sebuah dokumentari di Jerman.
Dilansir dari laman Erabaru My, Woelk yang kini berusia 99 tahun dipaksa untuk bekerja di bawah pemimpin Nazi itu. Semasa dia berusia 25 tahun, tugasnya adalah mencicipi makanan untuk Hitler memastikan sekiranya ia tidak diracun.
Tulisan ini sebelumnya telah di tayang di Erabaru My, dengan judul asli “Wanita yang Bertugas Sebagai Tukang Pencicip Makanan Hitler Ini Membongkar Kisah yang Sebenarnya.
Woelk merupakan diantara 15 orang wanita yang direkrut untuk tugas itu.
Woelk awalnya berat untuk menceritakan hal yang sebenar tetapi dia akhirnya menceritakan bagaimana Hitler merupakan seorang vegetarian.
Malah, dia hanya makan nasi, pasta, kacang-kacangan dan kembang kol.
Menceritakan bagaimana takutnya mereka ketika itu, mereka akan menangis dengan perasaan bersyukur kerana masih hidup.
Mereka dipaksa untuk makan semua makanan itu dan tunggu selama sejam.
Selepas sejam sekiranya mereka tidak menunjukkan kesan seperti diracun, mereka akan menangis lega.
Woelk dipaksa untuk menerima pekerjaan itu setelah melarikan diri dari Berlin. Dia tinggal bersama mertuanya selepas suaminya terpaksa pergi berperang.
Berdekatan dengan rumah mertuanya ialah markas Hitler yang dikenali sebagai Wolfs Lair.